Tuesday, March 20, 2007

Admit GH ari ni...

Terkenangkan arwah aireen....kandungan kali ni memang aku kena jaga sebaik mungkin.aku betul2 harap baby yang baru berusia 2 bulan ni akan membesar dengan sihat. Tak kisahla kena masuk hospital ke...janji semua ok. Doa dan harapan akan selalu aku panjatkan kepada Allah SWT.

Kursus ICT dalam PNP (Internet)

Kursus ini secara keseluruhannya menarik kerana peserta diberikan masa yang mencukupi untuk explore sendiri modul2 yang diberikan, dan menghasilkan blog yang sesuai untuk digunakan dalam PNP. walau bagaimanapun,diharapkan pada masa mendatang,kursus seperti ini dapat dijalankan dengan lebih teliti terutama bagi guru-guru yang baru belajar menggunakan internet dapat belajar dengan lebih terancang....

Baba pula...

13 March 2007

Hari ni genap 21 hari Aireen meninggalkan dunia. Dan hari ni jugak, baba, Mad Zin b. Hj. Yusuf mengikut anakku, kembali ke rahmatullah pada jam 4.30 pg di Hosp Besar Melaka.
Ya Allah, sesungguhnya amat besar dan berat sekali ujianMu. Bantulah aku untuk menghadapi hari yang sukar ini.....

Gambar ni diambil semasa kami sekeluarga bercuti di Pulau Pangkor pada bulan Disemeber 2006. Inilah percutian kami yang terakhir. Aku bersyukur kerana dapat memenuhi impian baba untuk bercuti.
Untuk mak, tabahkanlah hatimu. Akan kita lalui hidup ini sekeluarga bersama.

Monday, March 19, 2007

Aireen Amaliya kembali ke rahmatulah...

21 Februari 2007
Tepat jam 12.30 pm, Aireen Amaliya telah meninggalkan aku dan abang buat selama-lamanya.
Namun, jauh disudut hati....aku amat berharap dapat menjaga dia lebih lama dari tu. Nak sekali tengok dia membesar, tapi dengan keadaan yang amat lemah itu, aku cuma dapat mendoakan semoga Allah memudahkan segalanya.....