Tuesday, March 20, 2007

Baba pula...

13 March 2007

Hari ni genap 21 hari Aireen meninggalkan dunia. Dan hari ni jugak, baba, Mad Zin b. Hj. Yusuf mengikut anakku, kembali ke rahmatullah pada jam 4.30 pg di Hosp Besar Melaka.
Ya Allah, sesungguhnya amat besar dan berat sekali ujianMu. Bantulah aku untuk menghadapi hari yang sukar ini.....

Gambar ni diambil semasa kami sekeluarga bercuti di Pulau Pangkor pada bulan Disemeber 2006. Inilah percutian kami yang terakhir. Aku bersyukur kerana dapat memenuhi impian baba untuk bercuti.
Untuk mak, tabahkanlah hatimu. Akan kita lalui hidup ini sekeluarga bersama.

No comments: